fbpx
Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan api dalam kejadian kebakaran gudang di Jalan Broga, Semenyih hari ini. Foto JBPM Selangor

27 anggota bomba padam kebakaran gudang perabot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEMENYIH – Seramai 27 anggota bomba bersama beberapa jentera dikerahkan bagi mengawal kebakaran sebuah gudang perabot berhampiran Diamond City di Jalan Broga di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang itu, gudang jenis bangunan kelas B dilaporkan terbakar sehingga 80 peratus.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.45 petang.

Katanya, operasi melibatkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih bersama bantuan beberapa balai lain.

“Setakat ini tiada mangsa dilaporkan dan kerja-kerja pemadaman masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, antara balai yang terlibat dalam operasi itu ialah BBP Kajang, BBP Bangi, BBP Pandan Indah, BBP Mantin dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Serdang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN