fbpx
AKSI penyerang United, Joshua Zirkzee (tengah, jersi hitam) cuba merebut bola ketika menentang Sunderland. - AFP

EPL: Carrick bangga United bawa pulang satu mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Manchester United, Michael Carrick tetap berpuas hati meskipun pasukannya sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Sunderland dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium of Light kelmarin.

United turun dengan keyakinan tinggi selepas skuad The Red Devils melakar kemenangan dramatik 3-2 ke atas Liverpool minggu lalu yang sekali gus mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Bagaimanapun, ketika berdepan Sunderland, United gagal memanfaatkan beberapa peluang terbaik apabila berdepan aksi agresif Sunderland yang tampil cukup berdisiplin di hadapan penyokong sendiri.

Carrick mengakui anak buahnya tidak mempamerkan aksi terbaik, namun tetap memuji semangat juang pemain yang berjaya memastikan satu mata berharga dibawa pulang sekali gus mengekalkan kedudukan mereka di tangga ketiga liga.

“Ia tetap keputusan positif kerana satu mata lebih baik daripada pulang tanpa sebarang mata. Kami tahu Sunderland memiliki rekod baik di laman sendiri dan ia bukan perlawanan mudah buat kami.

“Kami hampir meraih kemenangan pada penghujung permainan tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan. Apa yang penting, kami berjaya mengekalkan gawang tanpa dibolosi,” katanya.

Menurut Carrick, faktor keletihan mungkin mempengaruhi prestasi pemain selepas mereka mengharungi perlawanan berintensiti tinggi ketika menewaskan Liverpool sebelum ini.

“Banyak perkara boleh diperbaiki dan kami sedar pasukan mampu bermain dengan lebih baik selepas ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN