fbpx
Penumpang diturunkan daripada pesawat selepas kapal terbang itu melanggar seorang ‘penceroboh’ kelmarin. - X

Pejalan kaki maut dilanggar pesawat semasa berlepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DENVER, COLORADO – Sebuah pesawat Frontier Airlines melanggar seorang individu yang menceroboh masuk ke landasan semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Denver di negeri Colorado, lapor akhbar The Guardian. 

Penerbangan Frontier 4345 yang dalam perjalanan ke Los Angeles, negeri California itu melanggar seorang pejalan kaki ketika sedang berlepas pada pukul 11.19 malam (waktu tempatan). 

Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Denver berkata, individu terbabit memanjat pagar keselamatan sebelum dilanggar dan meninggal dunia di tempat kejadian. 

“Identiti mangsa belum dikenal pasti, namun dia dipercayai seorang pekerja lapangan terbang. Mangsa  berada di landasan kira-kira dua minit sebelum dilanggar,” kata jurucakap itu. 

Dalam perkembangan sama, Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat, Sean Duffy melabelkan  mangsa sebagai ‘penceroboh’ kerana ‘sengaja memanjat pagar keselamatan dan berlari ke landasan’. 

“Penceroboh ini  kemudian dilanggar pesawat Frontier Airlines yang sedang berlepas pada kelajuan tinggi,” tulis Duffy di platform X. 

Beliau menambah, sekurang-kurangnya 12 orang cedera dalam kejadian itu dengan lima daripada mereka dimasukkan ke hospital. 

“Penguatkuasa undang-undang tempatan akan menjalankan siasatan dengan sokongan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA),” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN