fbpx
Muthoni mencatatkan rekod dunia pokok paling banyak dipeluk dalam masa sejam baru-baru ini. - Capital News

Gadis peluk 1,234 pokok dalam masa sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAIROBI – Seorang aktivis iklim dari Kenya menempa nama dalam Guinness World Records dengan memeluk 1,234 batang pokok dalam masa hanya sejam, lapor laman  berita Citizen Digital semalam.

Truphena Muthoni mencatatkan rekod dunia pokok paling banyak dipeluk dalam masa satu jam. Dia memadamkan rekod sebelumnya yang dicatatkan oleh aktivis dari Ghana,  Abubakar Tahiru yang memeluk 1,123 batang pokok di negeri Alabama pada Mac 2024. 

Truphena melakukan percubaan tersebut di taman Jardim Botanico Brasilia, Brazil baru-baru ini. 

Untuk mencipta rekod dunia tersebut, Muthoni perlu memeluk setiap pokok antara dua hingga tiga saat. 

“Sasaran adalah 1,172 tetapi saya berjaya memeluk 1,234 pokok. Selepas beberapa dekad, kelompok pribumi Brazil Afro-Indigenous dan diaspora Afrika bertemu lagi!

“Persahabatan lama diingati. Hubungan dipulihkan,” kata Muthoni di media sosial. 

Muthoni pernah mencatatkan Guinness World Records dengan memeluk sebatang pokok selama 72 jam tanpa henti tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN