fbpx
HAKIM DANISH

Hakim Danish mula petak ke-12 di Le Mans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli bakal memulakan perlumbaan Grand Prix (GP) Perancis Moto3 dari petak ke-12 selepas menamatkan sesi Kelayakan 2 (Q2) di Litar Le Mans dengan catatan memberangsangkan, hari ini.

Pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets-MSi itu merekodkan masa satu minit 40.761 saat (s) dalam sesi penuh sengit yang menyaksikan kelompok pelumba terbaik Moto3 saling bersaing memburu posisi hadapan.

Pelumba Sepanyol dari pasukan Leopard Racing, Adrian Fernandez muncul terpantas dengan catatan 1:40.044s untuk meraih petak utama, diikuti Maximo Quiles dari CFMoto Aspar Team dan Joel Kelso mewakili Gryd-Mlav Racing.

Hakim Danish sebelum itu mencuri tumpuan apabila menamatkan sesi latihan rasmi (PR) di kedudukan keempat terpantas menerusi catatan 1:40.443s untuk melayakkan diri secara automatik ke Q2.

Bagaimanapun, saingan Q2 berlangsung lebih mencabar apabila semua pelumba tampil agresif untuk memperbaiki masa pada saat akhir sesi bagi merebut petak hadapan.

Pelumba kelahiran Terengganu berusia 18 tahun itu dilihat cuba memberi tekanan kepada kelompok hadapan, namun gagal memperkemaskan catatan terakhirnya ketika beberapa pencabar lain berjaya mencipta masa lebih pantas.

Meskipun bermula di petak ke-12, kedudukan itu masih dianggap positif buat Hakim Danish memandangkan jurang masa dengan kelompok depan tidak terlalu besar selain peluang memintas di Le Mans sentiasa terbuka.

Prestasi konsisten yang dipamerkan sepanjang hujung minggu di Perancis turut memberikan suntikan keyakinan buat pelumba negara itu dalam usaha memburu mata penting pada perlumbaan utama GP Perancis malam esok. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN