JAKARTA – Sekumpulan pekerja kurier di Indonesia menerima kecaman orang ramai selepas mereka dirakam membaling bungkusan yang dipesan oleh pelanggan ke dalam sebuah lori.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @folkshiff menunjukkan timbunan bungkusan yang bertaburan di lantai.
Beberapa pekerja lelaki dilihat mengambil beberapa bungkusan lalu dilemparkan ke dalam sebuah lori.
Mereka seolah-olah sedang melepaskan kemarahan dan tidak mengendalikan barang pelanggan dengan berhati-hati.
Rakaman itu mencatatkan lebih 78,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Tujuan pelekat ‘fragile’ untuk apa?” kata seorang netizen.
“Bila tidak dapat kerja mengamuk, bila diberi pekerjaan tidak bersyukur,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














