fbpx
Ramlah menunaikan haji pada usia 101 tahun selepas menyimpan wang pemberian anak-anaknya. - Agus Setyadi

Wanita 101 tahun tunai haji, simpan pemberian wang anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang warga emas di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila menunaikan ibadah haji pada usia 101 tahun selepas menabung selama dua tahun, lapor laman berita Detik. 

Ramlah Sali dan anak lelakinya yang dikenali sebagai Mahmud, 65, tiba di Asrama Haji Kelas I Aceh pagi semalam selepas menempuh perjalanan selama lapan jam dengan menaiki bas. 

Ramlah berkata, dia masih boleh berjalan tanpa tongkat dan melakukan aktiviti seperti memasak serta menyapu. 

“In Syaa Allah, saya dapat berjalan sendiri semasa mengerjakan haji,” kata Ramlah. 

Ramlah berjaya mendaftar untuk menunaikan ibadah haji kira-kira lima tahun yang lalu selepas dua tahun gigih mengumpul wang. 

Tabungan yang disimpan di dalam almari itu merupakan wang pemberian anak-anaknya untuk kegunaan harian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN