NARATHIWAT, THAILAND – Pengukuhan nilai Ringgit Malaysia berbanding mata wang Thailand ketika ini membolehkan rakyat Kelantan menikmati penjimatan antara 10 hingga 20 peratus ketika berbelanja di negara jiran itu. Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati, kadar tukaran semasa RM1 bersamaan kira-kira 8.1 baht Thailand sekali gus menjadikan kos makanan, penginapan serta barangan harian lebih rendah berbanding sebelum ini. Seorang pelancong dari Kuala Krai, Che Salleh Che Ismail, 55, berkata, situasi tersebut mendorong ramai rakyat Kelantan mengambil peluang untuk bercuti dan membeli-belah di……














