TRAIL run atau larian denai di Merapoh, Pahang menawarkan pengalaman unik merentasi hutan tropika, sungai dan gua batu kapur yang mencabar ketahanan fizikal serta mental pelari. Laluan ini bukan sahaja menguji kemampuan, malah menyajikan pemandangan semula jadi memukau di setiap kilometer. Dalam suasana itulah Nur Natasya Amira Che Mat Zaid memulakan langkahnya dengan menyahut cabaran Merapoh Rainforest Trail 2025 (MRT2025) untuk kategori 100 kilometer (km) pada tahun lalu. Menurut wanita berusia 26 tahun itu, dia tidak mempunyai latar belakang pelari……














