fbpx
Tangkap layar video yang dimuat naik di TikTok oleh Farahli memaparkan dia dan rakan sekerjanya sedang melakukan 10,000 langkah.

[VIDEO] ‘Geng dewan bedah gigih kejar 10,000 langkah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketika orang lain sedang nyenyak tidur, sekumpulan petugas kesihatan sanggup berhempas-pulas memanjat tangga hospital demi mencukupkan sasaran 10,000 langkah sehari.

Menerusi satu perkongsian video tular di aplikasi TikTok milik pengguna @FarahLi, beliau memaparkan gelagat rakan-rakan setugasnya yang masih gigih berlari menaiki tangga meskipun jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam.

Menurutnya, aktiviti itu dilakukan bagi menyahut cabaran kesihatan yang dipantau melalui aplikasi BookDoc apabila setiap ahli kumpulan perlu menyumbang jumlah langkah harian mereka.

“Gigih…Demi 10,000 langkah, dah dekat-dekat pukul 12 malam baru hendak kejar step (langlah). Siang tadi santai je,” katanya.

Menjawab pertanyaan pengguna di ruangan komen mengenai beban kerja doktor yang biasanya sudah sedia sibuk, dia menjelaskan tugas sebagai ‘geng dewan bedah’ lebih banyak memerlukan mereka berdiri dalam tempoh lama berbanding berjalan.

“Kalau kami geng dewan bedah, satu syif hanya dapat sekitar 6,000 atau 7,000 langkah. Kami lebih banyak berdiri sepanjang syif, jadi balik kerja kena ‘top-up’ pergi berjoging di taman pula,” jelasnya.

Rata-rata pengguna turut berseloroh menyifatkan semangat itu timbul kerana tidak mahu kalah dalam kedudukan ‘ranking’ kumpulan dalam aplikasi tersebut.

“Tak wajib, tapi siapa yang sudah mendaftar dalam kumpulan kena ada tanggungjawab penuhkan kuota 10,000 langkah itu. Malulah kalau tak menyumbang,” ujar Itaazema pula. – KOSMO! ONLINE

@farahli0 Xgila.. tapi gigih.. hahhaahah demi 10k step.. dh dekat2 kul 12 mlm baru nk kejar step.. siang tadi santaiiii je.. 🤣 #10kstepsaday #kkmchallenge ♬ bunyi asal – 🎹🎤Ramil.RJ. gruop🎤🎹

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN