fbpx
Nurul Anis menunjukkan kad OKU milik Mohammad Yusof ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Tengku Anis dekat Pasir Puteh semalam.

‘Berehatlah anak syurga’ – Ramai sebak pemergian Mohamad Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemergian Mohamad Yusof, 12, dalam keadaan menyayat hati selepas dihempap blok konkrit di Kampung Dalam Rhu, Pasir Puteh semalam ternyata meninggalkan rasa hiba dalam kalangan orang ramai selepas mengetahui dia merupakan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) kategori autisme.

Rata-rata netizen menyifatkan kehilangan tragis itu adalah amat berat untuk diterima lebih-lebih lagi mangsa merupakan anak istimewa di ruangan komen menerusi laporan bertajuk ‘Ma jangan marah, saya nak mati dah’ akhbar ini.

Tinjauan di ruangan komen mendapati orang ramai menyifatkan mangsa sebagai ‘anak syurga’ dan mendoakan agar keluarganya tabah menghadapi ujian tersebut.

“Berehatlah anak syurga, nanti pimpin tangan ayah dan mak kamu bersama ya,” kata Shahir.

“Semoga damai di sana anak syurga,” tambah Uwais.

“Syurga buat mu dik…aku yang ada anak OKU kalau baca ‘posting’ macam ni memang sayu,” ujar Wan pula.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, mangsa sempat menitipkan kata-kata terakhir kepada ibunya, Nurul Anis Abdul Rahman, 36, yang merayu agar tidak dimarahi sebelum meninggal dunia.

“Mohammad Yusof sempat berkata kepada saya ‘Ma jangan marah, saya nak mati dah’. Saya yang sudah menangis hanya mampu memangku dan memeluknya dengan harapan agar dia dapat terus bertahan,” katanya.

Jenazah Mohamad Yusof disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi kejadian dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Wakaf Berangan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, bapa saudara Mohamad Yusof, Muhamad Yunus Nasir, 12, yang cedera dalam kejadian sama dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN