fbpx
Gambar hiasan.

Pembenihan awan di Perlis, Kedah bermula 10 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melalui Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) Siri 5 dan Siri 6 di Perlis pada 10 hingga 12 Mei dan Kedah pada 17 hingga 19 Mei ini.

Menterinya, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, operasi berkenaan adalah sebagai langkah proaktif bagi meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan empangan utama.

Menurutnya, operasi ini akan memberi tumpuan kepada kawasan tadahan Empangan Timah Tasoh di Perlis serta Empangan Pedu, Ahning, Muda dan Beris di Kedah bagi meningkatkan paras air empangan yang berada pada paras waspada.

“Pelaksanaan OPA ini melibatkan kerjasama strategik Agensi Pengurusan Bencana Negara, MetMalaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“OPA akan dilaksanakan berdasarkan analisis meteorologi yang teliti oleh MetMalaysia dengan mengambil kira faktor kelembapan udara, kestabilan atmosfera serta corak pergerakan angin bagi memastikan keberkesanan operasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kawasan sasaran dipilih berdasarkan kehadiran awan hujan yang berpotensi untuk proses pembenihan.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti MetMalaysia untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman sesawang (www.met.gov.my), aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi (Facebook, Instagram, X, Youtube dan Telegram) atau hubungi talian Hotline 1-800-22-1638. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN