fbpx
FERNANDES merupakan pemain penting untuk United meneruskan rentak kemenangan menjelang pertemuan menentang Sunderland malam ini. - AFP

EPL: Carrick redakan bimbang peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Michael Carrick cuba meredakan kebimbangan peminat mengenai tonggak utamanya, Bruno Fernandes yang dilapor mengalami kecederaan.

Ketua pasukan United itu gagal menamatkan perlawanan apabila dikeluarkan pada waktu kecederaan ketika kemenangan 3-2 ke atas Liverpool menimbulkan keresahan menjelang aksi menentang Sunderland malam ini.

Fernandes dilapor berasa tidak selesa selepas berdepan terjahan keras pada separuh masa pertama pada perlawanan di Old Trafford, namun dia terus bermain selepas rehat dan kekal di atas padang sehingga minit-minit akhir.

Bagaimanapun, Carrick menegaskan tidak ada kecederaan serius dialami Fernandes biarpun membuat keputusan mengeluarkan pemain itu, sebaliknya ia sekadar percaturan untuk memberikan peluang kepada pemain lain beraksi.

“Sejujurnya, hanya tinggal seminit lebih sahaja dan kami mahu memberikan peluang kepada Leny (Yoro) untuk masuk ke padang. Kami juga memasukkan Joshua (Zirkzee), Paddy (Patrick Dorgi) dan Amad (Diallo). Tiada apa-apa di sebalik perubahan itu,” katanya.

Sementara itu, Carrick juga berharap dapat menyenaraikan khidmat penggempur utamanya, Benjamin Sesko menjelang aksi berkenaan selepas pemain itu juga terpaksa dikeluarkan lebih awal ketika menentang Liverpool.

Sesko dikeluarkan selepas babak pertama berakhir dan digantikan dengan Diallo apabila dia mengalami sedikit kecederaan apabila dirempuh oleh Ibrahima Konate hingga terjatuh ke bahagian tepi padang dan melanggar papan iklan.

Akibat insiden itu, Sesko dilapor mengalami kecederaan sedia ada pada bahagian tulang keringnya dan dilihat terhincut-hincut ketika menuju ke bangku simpanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN