WASHINGTON – Presiden Donald Trump berkata gencatan senjata dengan Iran masih berkuat kuasa walaupun Tehran menyerang tiga kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS) di Selat Hormuz yang mencetuskan kebimbangan hari bahawa gencatan senjata telah musnah.
Tentera AS menyerang sasaran tentera Iran sebagai tindak balas, namun Tehran berkata, Washington terlebih dahulu memulakan bedilan.
Keganasan terbaharu itu mengancam memusnahkan gencatan senjata rapuh berkuat kuasa sejak 8 April lalu yang menamatkan serangan AS-Israel selama berminggu-minggu ke atas republik Islam itu.
Emiriyah Arab Bersatu(UAE) berkata hari ini bahawa sistem pertahanan udaranya ‘sedang menangani serangan peluru berpandu dan dron berasal dari Iran’.
Ditanya di Washington sama ada gencatan senjata dengan Iran masih berkuat kuasa, Trump berkata: “Ya, ia masih(berkuat kuasa). Mereka (Iran) mempermainkan kami hari ini. Kami meletupkan mereka. Saya anggap ini perkara remeh.”
Markah Perintah AS (CENTCOM) berkata dalam catatan di laman X bahawa tentera Iran melancarkan ‘berbilang peluru berpandu, dron dan bot kecil’ terhadap tiga kapal perang AS, tetapi tiada satu pun yang mengenai sasaran.
Menurut CENTCOM, pihaknya menghapuskan ancaman tersebut dan membedil sasaran tentera Iran yang bertanggungjawab.
“CENTCOM tidak mencari peningkatan konflik tetapi kekal bersedia untuk melindungi pasukan tentera Amerika,” katanya. – AFP














