fbpx
GYOKERES meledak 14 gol dalam saingan EPL musim ini biarpun berdepan kritikan pada awal musim ekoran sentuhan penyudah tumpul. - AFP

EPL: Legenda Arsenal beri Gyokeres tips

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Bekas penyerang Arsenal, Emmanuel Adebayor menggesa penyerang pasukan itu, Viktor Gyokeres menambah lagi kemampuan teknikal dalam permainannya selepas mengharungi musim pertamanya di Liga Perdana Inggeris.

Gyokeres adakalnya kelihatan kurang konsisten sejak perpindahan dari Sporting Lisbon pada musim panas lalu apabila hanya menjaringkan lima gol liga pada separuh pertama musim.

Namun, penyerang antarabangsa Sweden itu telah meningkatkan prestasinya sejak awal tahun baharu dengan meledak 14 gol dalam semua pertandingan, sekali gus membantu Arsenal mendahului saingan EPL dan mara ke final Liga Juara-Juara.

Adebayor menghargai banyak kelebihan yang dimiliki Gyokeres dan menegaskan bahawa pemain itu semakin baik dalam usahanya menjadi penyerang utama jangka panjang Arsenal.

Namun, Adebayor yang menjaringkan 62 gol dalam 142 penampilan bersama Arsenal mengakui beliau percaya Gyokeres mampu menjadi elemen penting buat pasukan sekiranya memiliki kemampuan teknikal yang lebih baik.

“Saya fikir dia pemain yang bagus. Dia penyerang yang baik dan bertubuh besar serta boleh mengawal bola dengan baik.

“Tetapi, saya fikir bermain sebagai penyerang untuk kelab seperti Arsenal memerlukan sedikit lagi kemampuan teknikal dalam permainan anda.

“Secara keseluruhan dia bagus dan sudah menjaringkan gol, tetapi jika dia dapat memperbaiki sentuhan pertama dan cara berpusing, itu pasti akan menjadi satu kelebihan besar kepada kelab,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN