fbpx
JDT gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila menanggung kekalahan berdepan Buriram pada aksi separuh akhir pertama ACC kelmarin.

ACC: JDT belum angkat bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) masih belum mahu mengalah biarpun tewas 1-3 kepada penyandang juara, Buriram United pada aksi separuh akhir pertama Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) di Stadium Sultan Ibrahim, malam kelmarin.

Pengendali Harimau Selatan, Xisco Munoz menegaskan peluang pasukannya untuk melangkah ke final masih terbuka dan baki 90 minit pada aksi timbal balik di Thailand nanti perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

Menurutnya, walaupun kecewa dengan keputusan tersebut, beliau percaya anak buahnya masih mampu bangkit dan memberi saingan sengit kepada wakil Thailand itu.

“Kita menguasai permainan dengan baik dan berjaya mencipta beberapa peluang terutama menerusi gerakan di bahagian sayap, namun penyudah menjadi perbezaan dalam perlawanan ini.

“Kita juga sedar kemampuan penyerang mereka, Guilherme Bissoli dan sedikit kelalaian di bahagian pertahanan membuka ruang kepadanya untuk menjaringkan gol,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Munoz mengakui benteng pertahanan JDT sedikit leka sehingga dihukum oleh pasukan pelawat yang bijak memanfaatkan peluang.

Tambah beliau, keputusan itu pastinya mengecewakan penyokong setia Harimau Selatan, namun beliau meminta semua pihak terus percaya dengan kemampuan pasukan.

“Kita akan lakukan post-mortem dan melihat semula kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum aksi kedua nanti. Saya juga ingin memohon maaf kepada penyokong kerana keputusan tidak memihak kepada kita,” ujarnya.

Dalam masa sama, jurulatih kelahiran Sepanyol itu turut mengakui ketiadaan penyerang utama, Bergson Da Silva yang masih dibelenggu kecederaan sedikit sebanyak menjejaskan perancangan pasukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN