fbpx
ANGGOTA polis membuat serbuan dan menahan PATI etnik Rohingya di sebuah inap desa di Arau, awal pagi tadi. - Gambar ihsan IPD ARAU

13 etnik Rohingya bersembunyi di inap desa dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ARAU – Taktik menggunakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk melindungi ahli keluarga yang tidak memiliki dokumen sah terbongkar selepas polis menyerbu sebuah inap desa di Jalan Padang Nyu di sini awal pagi tadi.

Dalam serbuan Ops Pintas berkaitan pemerdagangan manusia itu, polis menahan 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya termasuk wanita dan kanak-kanak yang dipercayai bersembunyi bersama pemegang kad UNHCR.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, operasi dijalankan antara pukul 12.30 tengah malam hingga 2 pagi tadi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau bersama Task Force IPD Arau.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati seramai 15 individu memiliki kad UNHCR manakala 13 lagi gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki dewasa, tujuh wanita dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan termasuk bayi.

“Mereka direman selama 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesemua PATI itu memasuki negara ini sejak satu hingga dua tahun lalu dengan menaiki bot dari Myanmar sebelum berlabuh di Thailand dan berjalan kaki masuk ke Malaysia melalui laluan tidak sah.

Katanya, mereka dipercayai dibantu oleh etnik Rohingya lain yang tidak dikenali sebelum menetap sementara di negeri ini untuk mendapatkan perlindungan dan mengelak dikesan pihak berkuasa.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN