fbpx
ROHAIDA (dua dari kanan) melihat tong berisi petrol bersubsidi yang dirampas di Kuala Perlis, malam tadi.

Pembantu kedai jual petrol kepada warga asing dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Kegiatan seorang pembantu kedai yang disyaki mengumpul dan menjual petrol bersubsidi kepada warga asing berakhir apabila dia dicekup di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kuala Perlis dekat sini malam tadi.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis, Rohaida Hassan berkata, lelaki tempatan berusia 32 tahun itu ditahan dalam Ops Tiris 4.0 kira-kira pukul 8 malam hasil risikan selama dua minggu.

Katanya, operasi disertai sembilan pegawai penguat kuasa KPDN Perlis bersama sembilan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jeti LKIM Kuala Perlis.

“Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 28 tong jenis ‘Jerry Can’ berisi cecair dipercayai minyak petrol dan sebuah motosikal jenis Honda Beat. Motosikal bernombor pendaftaran tempatan itu dipercayai digunakan suspek untuk mengangkut petrol ke lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, semakan lanjut mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang surat kebenaran, lesen atau permit menyimpan barang kawalan daripada Pengawal Bekalan Malaysia.

Katanya, sebanyak 840 liter petrol disita dengan nilai rampasan dianggarkan RM1,932 manakala motosikal yang dirampas pula dianggarkan bernilai RM2,000.

“Turut disita sebanyak 32 tong ‘Jerry Can’ bernilai RM320 menjadikan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM4,252, ” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN