fbpx
MAINOO (kiri) menjadi wira United apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-77. - AFP

EPL: United sah sambar tiket Liga Juara-Juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United mengesahkan kelayakan ke saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim depan selepas menewaskan Liverpool 3-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, pemain tengah, Kobbie Mainoo menjadi wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-77 ketika kedua-dua pasukan saling berbalas serangan ke arah pintu gol masing-masing.

Dua lagi gol The Red Devils dijaringkan Matheus Cunha dan Benjamin Sesko pada awal perlawanan manakala gol pasukan pelawat hadir menerusi Dominik Szoboszlai dan Cody Gakpo.

Pengurus sementara Uni­ted, Michael Carrick gembira dengan kemenangan tersebut, lebih-lebih lagi United berada cukup jauh dengan kelayakan ke Liga Juara-Juara ketika beliau mengambil alih pasukan itu.

“Saya gembira dengan apa yang saya lakukan bersama pa­sukan ini sekarang. Kami berada dalam momentum yang sangat baik dengan menewaskan beberapa pasukan besar dan ia satu cabaran cukup sukar.

“Ketika saya datang ke sini, kami berada cukup jauh dengan kelayakan ke Liga Juara-Juara dan misi kami adalah untuk melayakkan diri. Sekarang kami la­yak dengan baki tiga perlawanan,” katanya.

Sementara itu, Carrick enggan mengulas me­ngenai spekulasi beliau mungkin dilantik sebagai pengurus tetap United selepas menunjukkan ­prestasi cukup baik.

“Kita perlu tunggu dan lihat dahulu kerana apa sahaja boleh berlaku. Apa yang penting sekarang, pasukan sudah menunjukkan peningkatan dan kami mahukan lebih daripada ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN