fbpx
PERNAH digandingkan dalam beberapa naskhah antaranya Lebai Sampan dan Bisik Pada Langit, Beto menganggap Allahyarham Jalil Hamid tidak ubah seorang bapa buat dirinya.

Selamat berehat di negeri abadi ‘abah’ – Beto Kusyairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Selamat kembali dan berehat di negeri abadi ‘abah'”.

Demikian coretan istimewa aktor Beto Kusyairy didedikasikan buat pelakon veteran Allahyarham Jalil Hamid yang meninggal dunia hari ini.

Menurut Beto, dia berada bertuah kerana berpeluang bergandingan dengan seorang pelakon yang dianggap sebagai bintang legenda dalam industri hiburan tempatan.

“Arwah akan sentiada menjadi abah kegemaran saya di skrin dan sangat beruntung kerana berpeluang bekerjasama dengannya.

“Semua memori kita lalui di set penggambaran dan magis yang dicipta akan saya jadikan harta paling berharga. Abah akan sentiasa dirindui,” katanya.

Dalam hantaran sama, dia menitipkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga allahyarham.

“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan allahyarham Jalil Hamid.

“Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah.

“Kita kehilangan seorang insan bertaraf legenda dalam bidang seni dan semoga namanya sentiasa terpahat dalam doa-doa kita,” katanya lagi.

Antara naskhah yang pernah dibintangi Beto dan Allahyarham adalah Lebai Sampan dan filem Bisik Pada Langit.

Hari ini, industri seni tanah air dikejutkan dengan pemergiaan Allahyarham Jalil Hamid yang disahkan meninggal dunia dalam tidur.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21 selepas Asar hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN