fbpx
SANCHEZ ketika menghadiri mesyuarat tidak rasmi Majlis Eropah di Ayia Napa pada 23 April lalu. – AFP

Pesawat PM Sepanyol mendarat cemas di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ANKARA – Sebuah pesawat membawa Perdana Menteri Sepanyol,  Pedro Sanchez mendarat cemas di Turkiye semalam berikutan masalah teknikal, kata kerajaan Madrid sekali gus  mengesahkan laporan media.

Sanchez sedang dalam perjalanan ke negara jiran Turkiye, Armenia untuk mesyuarat Komuniti Politik Eropah (EPC) apabila insiden berlaku.

“Delegasi Sepanyol akan bermalam di Ankara sebelum menyambung semula perjalanan mereka ke Armenia pada waktu pagi,” kata kenyataan Madrid.

Ia tidak memberikan butiran tentang  masalah teknikal  yang dialami.

Para pemimpin Eropah akan berkumpul di ibu negara Armenia, Yerevan, untuk mesyuarat EPC, bermula hari ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN