fbpx
Banyak kes kemalangan melibatkan mangsa yang terjatuh ke dalam longkang. – GAMBAR HIASAN

Luahan Pembaca: Ibu ayah semua, tengok di mana anak bermain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

Sejak kebelakangan ini, kita banyak disajikan dengan kisah sedih, sehingga mencetuskan rasa kebimbangan terutama mengenai keselamatan anak-anak yang bermain di luar rumah.

Walaupun ia kelihatan seperti perkara remeh, hakikatnya banyak kejadian tidak diingini telah berlaku dan meragut nyawa, malah ada yang meninggalkan trauma sepanjang hayat kepada keluarga mangsa.

Kita masih ingat beberapa kes terdahulu apabila kanak-kanak dilaporkan hilang sebelum ditemukan lemas di dalam longkang besar berhampiran kawasan perumahan.

Ada yang tergelincir ketika bermain hujan, ada pula yang terjatuh ketika mengejar bola. Situasi ini bukan sahaja berlaku di bandar besar, malah di kawasan kampung dan perumahan biasa yang dianggap selamat oleh ibu bapa.

Apa yang lebih membimbangkan, kebanyakan longkang di negara ini tidak ditutup sepenuhnya dan ada berarus deras terutama ketika hujan lebat.

Bagi kanak-kanak, kawasan ini mungkin kelihatan seperti tempat bermain yang menyeronokkan, namun mereka tidak memahami risiko sebenar yang menanti.

Sebagai masyarakat, kita tidak boleh hanya menyalahkan pihak berkuasa semata-mata. Memang benar ada keperluan untuk menambah baik infrastruktur seperti penutup longkang dan sistem saliran yang lebih selamat, tetapi tanggungjawab utama tetap terletak pada ibu bapa dan penjaga.

Perlu diingat, anak-anak kecil tidak seharusnya dibiarkan bermain tanpa pemantauan, lebih-lebih lagi di kawasan berisiko yang boleh meragut nyawa.

Bapa Penyayang
IPOH

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN