fbpx
Abang mangsa, Muhammad Faris Zulkifly, 21, menunjukkan gambar arwah Nurfisya (tengah) ketika ditemui di Unit Forensik HRPZ II, Kota Bharu kelmarin.

61 tikaman, bukan 105 pada badan gadis 19 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Polis menafikan dakwaan mengatakan seorang gadis berusia 19 tahun yang maut dalam keadaan tragis sebelum ditinggalkan di Kampung Simah, Ketereh di sini kelmarin ditikam sebanyak 105 tikaman seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri berkata, hasil bedah siasat terhadap mangsa yang merupakan pelajar Kolej Poly-Tech Mara mendapati, sebanyak 61 kesan tikaman pada tubuh gadis tersebut bermula dari bahagian muka hingga ke kaki dengan kebanyakan kecederaan tertumpu kepada bahagian kanan badan.

Menurutnya, kecederaan itu bermula dari bahagian muka hingga ke kaki dengan kebanyakan kecederaan tertumpu kepada bahagian kanan badan tidak termasuk kesan calar atau luka kecil.

“Justeru, sebanyak 61 tikaman dikesan pada tubuh badan mangsa iaitu sama seperti kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh polis sebelum ini,”katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Azmir memberitahu, pihaknya masih belum mengenal pasti motif kejadian tersebut meskipun empat suspek iaitu dua remaja berusia 19 tahun dan dua warga emas sudah ditahan reman sejak semalam.

Menurutnya, siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan ketika ini untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian tersebut.

“Setakat ini, tiada tangkapan baharu dijalankan untuk membantu siasatan kes tersebut. Kita masih meneruskan siasatan terhadap empat suspek yang ditahan termasuk ibu bapa kepada salah seorang remaja itu,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, mangsa, Nurfisya Zulkifly, 19, ditemukan oleh penduduk kampung di kawasan tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah malam selepas dipercayai keluar makan bersama salah seorang suspek yang ditahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN