fbpx
Pesawat Spirit Airlines terkandas di lapangan terbang ketika syarikat itu menghentikan operasi di Fort Lauderdale, Florida semalam. - AFP

Spirit Airlines gulung tikar, kos bahan api sukarkan pemulihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Syarikat penerbangan Spirit Airlines ditutup selepas gagal mendapatkan bantuan bernilai AS$500 juta (RM1.9 bilion) daripada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Syarikat penerbangan tambang rendah itu sebelum ini berbincang dengan kerajaan AS mengenai perjanjian penyelamatan yang akan menyelamatkannya daripada gulung tikar.

Bagaimanapun, perbincangan itu gagal dan syarikat tersebut berkata dalam satu pengumuman di laman webnya kelmarin bahawa dengan ‘kekecewaan yang besar’, ia telah memulakan penghentian operasi secara teratur, berkuat kuasa serta-merta. 

Ia termasuk membatalkan semua penerbangannya, menyebabkan ramai penumpang dan pekerja terkandas.

Penumpang melaporkan menerima mesej tentang pembatalan itu, tetapi ada yang masih tiba di lapangan terbang pada waktu pagi dengan bagasi mereka. Khidmat pelanggan Spirit Airlines juga tidak lagi tersedia.

Spirit Airlines baru sahaja selesai memfailkan kebankrapan kedua dalam beberapa tahun kebelakangan ini sebelum perang AS-Israel di Iran, tetapi lonjakan kos bahan api jet telah mendorongnya ke ambang kehancuran.

“Pada Mac 2026, kami mencapai persetujuan dengan pemegang bon mengenai pelan penstrukturan semula yang akan membolehkan kami muncul sebagai perniagaan yang maju.

“Bgaimanapun, kenaikan harga bahan api yang tiba-tiba dan berterusan dalam beberapa minggu kebelakangan ini akhirnya menyebabkan kami tiada pilihan selain meneruskan penghentian syarikat secara teratur,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Spirit Airlines, Dave Davis.

Syarikat penerbangan itu berkata, ia akan memproses bayaran balik secara automatik untuk penerbangan yang dibeli melalui Spirit Airlines dengan kad kredit atau debit kepada bentuk pembayaran asal. Mereka yang menggunakan ejen pelancongan harus menghubungi ejen tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN