fbpx
Gambar yang dimuat naik oleh pengguna @nurjihayazid berkenaan dengan seorang pemuda yang menulis nota permohonan maaf setelah melanggar kereta suaminya semalam.

Tinggal nota mohon maaf, wang selepas langgar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sikap jujur dan tanggungjawab seorang pemuda yang dipercayai meninggalkan nota permohonan maaf beserta jumlah wang tunai selepas tidak sengaja melanggar sebuah kenderaan mendapat pujian daripada orang ramai semalam.

Menerusi satu hantaran oleh pengguna @nurjihayazid di Threads, dia memuat naik gambar kesan calar pada kereta suaminya beserta sekeping nota tulisan tangan dan beberapa keping wang yang ditinggalkan di celah pengelap cermin kenderaan tersebut.

“Untuk adik yang langgar kereta suami saya, baiknya awak. Sangat bertanggungjawab dan siapa pun awak, saya doakan semoga baik-baik sentiasa dan dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut menyentuh hati rata-rata pengguna apabila melihat isi kandungan nota yang ditulis dengan penuh keikhlasan dimana pemuda berkenaan berkali-kali memohon maaf di setiap perenggan yang ditulisnya.

Pemuda itu dengan rendah hati mengakui telah terlanggar kereta berkenaan ketika ingin meletakkan kenderaannya dan menyatakan bahawa dia hanya mampu meninggalkan sejumlah wang yang ada padanya sahaja ketika itu.

“Saya minta maaf sebab dah calarkan kereta sebab tertekan minyak masa nak parkir dan saya memang tiada niat nak lari sebab saya takut dan panik.

“Maafkan saya, harap awak sudi terima duit yang saya ada ini,” katanya dalam tulisan nota tersebut.

Tindakan pemuda itu bukan sahaja meruntun hati, malah dianggap sebagai contoh terbaik sifat amanah yang jarang ditemui pada masa kini. — KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN