fbpx
Gambar dimuat naik Nadir Al-Nuri memaparkan suar dipasang meraikan berita terkini berhubung aktivis GSF 2.0 yang ditahan tentera Israel.

Aktivis GSF 2.0 akan ditinggalkan di pantai Greece

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang ditangkap selepas kapal mereka dipintas secara haram oleh tentera Israel di perairan antarabangsa, didakwa tidak akan dibawa ke Pelabuhan Ashdod, Israel.

Pengasas Sumud Nusantara, Nadir Al-Nuri berkata, mereka dikatakan akan ditinggalkan di sebuah pantai di selatan Greece.

“Perkembangan terbaharu, penjajah aparteid (Israel) mengeluarkan kenyataan akan meninggalkan penggerak GSF yang ditangkap semalam di sebuah pantai di selatan Greece dan tidak dibawa ke Ashdod.
“Ia satu kejayaan dunia menekan negara haram maha zalim menukar pelan tindakan mereka dan tidak ‘dibebankan’ dengan kehadiran aktivis di tempat mereka yang sedang bergolak. Kami menyalakan suar sebaik mendapat berita gembira ini,” katanya pada hantaran di Instagram pagi ini.

Semalam Kosmo! melaporkan, seramai 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF 2.0 dilaporkan diculik dan dibawa ke Israel menggunakan kapal laut milik rejim itu.

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby dilaporkan berkata, perkembangan itu disahkan setakat pukul 7 malam waktu Malaysia semalam.

Beliau dipetik berkata, insiden tersebut berlaku ketika flotila menghampiri perairan Greece dengan 21 kapal disahkan telah dipintas oleh pihak rejim pada jarak kira-kira 80 batu nautika. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN