fbpx
Lu Xun yang berkerusi roda dibawa untuk prosiding pendakwaan di Mahkamah Majistret Sungai Petani pagi tadi kerana memandu melawan arus sehingga mengakibatkan kemalangan.

Lelaki China meninggal dunia selepas 10 jam didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Lelaki warga China yang dijatuhi hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah Majistret di sini pagi tadi kerana kesalahan memandu kereta secara melawan arus dilaporkan meninggal dunia petang ini.

Lu Xun, 55, yang merupakan pengusaha kilang plastik meninggal dunia kira-kira pukul 5.30 petang setelah selesai menjalani hukuman penjara tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, lelaki itu meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di sini.

“Sebaik dibebaskan selepas menjalani hukuman di lokap polis di Mahkamah Majistret/Sesyen Sungai Petani dan menjelaskan denda, dia (si mati) dibawa keluarganya untuk mendapatkan rawatan di hospital.

“Pihak polis menerima makluman berhubung kematiannya daripada pihak hospital petang tadi dan sedang menunggu hasil laporan bedah siasat,” katanya hari ini.

Sepanjang prosiding pagi tadi, lelaki itu dilihat mengalami kesukaran untuk berjalan selain emosi tidak stabil dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak dari lokap ke kamar mahkamah. Lu Xun dikatakan menghidap diabetes.

Sementara itu, peguam Chong Seng Ming ketika dihubungi berkata, beliau menerima berita tersebut daripada anak perempuan mangsa sejurus selepas mendiang meninggal dunia petang tadi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN