fbpx
AZAR Azmi kini membongkar banyak kisah yang tersimpan rapi selama beberapa hilang dari radar dunia hiburan.

Reen singgah gerai, Azar Azmi segan nak tegur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Berasa kerdil dan tidak layak mengakui kawan, pelakon Azar Azmi mendedahkan pernah berasa malu untuk bersapa dengan rakan selebriti, Reen Rahim yang pernah singgah membeli cempedak goreng singgah di gerai jualannya sebelum ini.

Menurut Azar, 36, dia tidak menegur rakan seperjuangannya itu kerana bimbang wujud rasa janggal antara mereka pada waktu tersebut.

“Ada satu hari, Reen ada datang tetapi dia tak tahu saya yang berniaga sebab memakai topeng pelitup muka dan kaca mata.

“Dalam hati saya ketika itu, rasa membuak-buak nak tegur kawan baik sendiri namun terpaksa melupakan hasrat tersebut dan tahan saja diri.

“Sebab saya rasa pada ketika itu, belum masa lagi nak dedahkan diri kepada umum dan sangat segan dengan Reen,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Katanya, dia berasa tidak layak dengan Reen yang dianggap sebagai pelakon hebat berbanding dirinya pada ketika itu.

“Sudahlah saya hilang dari dunia seni tiba-tiba, kemudian nak tegur pula, takut ada rasa janggal itu.

“Jadi, tidak mengapalah, sebab rasa diri sendiri ini macam tidak setaraf, hanya berniaga. Manakala dia pula Reen Rahim,” ujarnya.

Azar bagaimanapun menafikan tindakan enggan bertegur sapa tersebut disebabkan bimbang tanggapan dia mahu mengambil kesempatan atas kehidupan susahnya sebelum ini.

“Saya tak fikir langsung pun benda itu, kalau nak cakap tanggapan negatif orang, saya sudah lali.

“Cuma saya rasa belum tiba masa untuk saya dedah diri secara terbuka namun sekarang, syukur ramai rakan artis beri semangat, saya sangat berterima kasih,” katanya lagi.

Terdahulu, nama pelakon drama Nur 2 itu memanaskan dengan kes penipuan membabitkan suaminya Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri,41, melibatkan urusan penjualan tanah kurniaan tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian lebih RM200,000.

Mengikut pertuduhan, Apri didakwa menipu seorang lelaki berusia 56 tahun dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran sebanyak RM270,811 secara dalam talian ke akaun milik seorang wanita berusia 35 tahun bagi mendapatkan tanah kurniaan negeri Selangor yang tidak wujud.

Dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu seorang lelaki berusia 49 tahun dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran sebanyak RM23,120 bagi urusan mendapatkan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk yang tidak wujud.

Setelah ditangkap dan direman, Azar akhirnya dibebaskan sebagai saksi polis. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN