fbpx
Pengurusan kanan Guardian dan Pyunkang Korean memotong riben sebagai gimik pelancaran produk terbaharu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Malaysia pasaran berpotensi buat Pyunkang Korean

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pyunkang Korean Medicine Clinic (Pyunkang Korean) menjadikan Malaysia sebagai pasaran strategik utama syarikat untuk mengedarkan produk penjagaan kulit Korea iaitu Pyunkang Yul sebagai usahanya memperluaskan kehadiran syarikat di Asia Tenggara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eric Kim, meskipun syarikat telah membina pengikut global yang kukuh melalui saluran digital, pelancaran produk ini di Malaysia sebagai langkah penting syarikat untuk membawa produk ini ke pasaran runcit secara fizikal dan le­bih dekat dengan pengguna.

“Kami dapati permintaan terhadap penjagaan kulit yang lembut dan efektif semakin meningkat, khususnya dalam kalangan pengguna yang berkulit sensitif jadi Malaysia adalah pasaran utama kami di rantau ini,” katanya dalam majlis pelancaran produk terbaharu ini di sini baru-baru ini.

Jenama tersebut telah me­nembusi lebih 50 negara dengan jumlah jualan melebihi AS$47 juta (RM185.65 juta) dan terus mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan.

Produk yang dibangunkan melalui kepakaran dan pengalaman Pyunkang Korean selama lebih 50 tahun dalam bidang itu menawarkan formulasi minimalis berprestasi tinggi yang direka bagi memulihkan keseimbangan kulit.

Selain itu, pada majlis tersebut, Guardian Malaysia memperkenalkan dua rangkaian penjagaan kulit terlaris Pyunkang Yul, iaitu rangkaian Cal­ming dan Barrier.

Rangkaian Calming adalah penyelesaian khusus untuk kulit sensitif dan mudah berjerawat, yang menggabungkan herba yang menenangkan dengan kawalan sebum bagi meredakan kerengsaan di sam­ping mengekalkan keseimbangan minyak dan air.

Produk dalam rangkaian ini termasuk Krim Calming Barrier, Toner Lembapan Mendalam, Pencuci Muka Berbuih pH Rendah, Serum Pelembap, Pek Pore Clear Wash Off dan Krim Matahari.

Rangkaian Barrier pula menawarkan penyelesaian pemulihan yang direka untuk menguatkan lapisan pelindung kulit, mengunci kelembapan, serta menyokong kesihatan kulit jangka panjang yang menjadikannya sesuai untuk kulit kering dan sensitif. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN