fbpx
Gambar hiasan.

Keputusan Sijil Vokasional Malaysia diumum Khamis ini – KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 Sesi 2/2025 (Kohort 2024) akan diumumkan pada 30 April ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, seramai 16,240 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 86 buah kolej vokasional di seluruh negara dan calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing bermula pada pukul 10 pagi.

“Selain itu, keputusan juga boleh disemak secara dalam talian melalui pautan myresultsvm.moe.gov.my bermula pukul 10 pagi, 30 April sehingga 6 petang, 6 Mei ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

KPM turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua calon yang menduduki peperiksaan tersebut.

“Kejayaan ini diharap menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dalam bidang kemahiran serta menyumbang kepada pembangunan negara melalui laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN