fbpx
Gambar hiasan. - Foto INSTAGRAM SUMUD NUSANTARA OFFICIAL

56 kapal Global Sumud Flotilla berlepas dari Itali ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 56 buah kapal Global Sumud Flotilla (GSF) memulakan pelayaran dari Pelabuhan Catania, Itali menuju ke perairan antarabangsa dalam misi kemanusiaan ke Gaza, hari ini.

Sumud Nusantara Command Center (SNCC) berkata, misi itu menyaksikan gabungan strategik antara kumpulan flotila dari Barcelona membabitkan 40 buah kapal dengan Itali, menjadikan jumlah keseluruhan armada mencecah 56 buah kapal.

“Terdapat beberapa kapal lagi sedang menjalani proses teknikal dan pembaikan di Pelabuhan Catania. Kapal-kapal ini akan menyusul dan menyertai semula armada utama sebaik sahaja proses pembaikan selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai status delegasi Malaysia, SNCC melaporkan, seramai 36 rakyat negara ini terdiri daripada jurutera bot, kapten, pasukan perubatan, kru kapal, penganjur, dan peserta berada dalam keadaan sihat dan bersemangat tinggi untuk meneruskan pelayaran.

“Pihak urus setia sentiasa memantau tahap keselamatan dan kebajikan semua kru bagi memastikan kelancaran operasi di perairan antarabangsa,” katanya.

SNCC turut memaklumkan mengenai penyesuaian tugasan membabitkan tiga delegasi Malaysia iaitu Heliza Helmi, Hazwani Helmi, dan Nurul Hidayah Mohd. Amin berikutan beberapa kapal mengalami kerosakan teruk.

Ketiga-tiga mereka selamat tiba di tanah air dan akan memulakan tugas rasmi di Pangkalan SNCC Sepang yang berfungsi sebagai Pangkalan Operasi Serantau melibatkan penyelarasan strategik tujuh negara.

SNCC menegaskan komitmennya yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan misi tersebut dan menggesa rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan moral serta mendoakan keselamatan seluruh armada GSF.

Orang awam dan pihak media dinasihatkan supaya merujuk kepada SNCC bagi mendapatkan sumber maklumat sahih dan perkembangan terkini misi tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN