fbpx
SKUAD B-17 negara membuktikan kemampuan apabila muncul naib juara di Kejuaraan B-17 Asean sekali gus membuktikan Malaysia belum ketandusan bakat. - FB FAM

Ozil beri cadangan lonjak bola sepak Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEKAS pemain kebangsaan Jerman, Mesut Ozil percaya Malaysia mampu melahirkan ramai pemain berkualiti jika memberi tumpuan terhadap pembangunan di peringkat akar umbi khususnya memantapkan lagi akademi bola sepak tempatan pada masa akan datang.

Menurut Ozil, pelaburan dalam pembangunan pemain muda merupakan asas penting dalam membina ekosistem bola sepak yang konsisten dan berdaya saing.

OZIL

“Dalam bola sepak, apa yang penting adalah pelaburan yang baik dalam akademi dan golongan muda, selain menyokong kelab amatur serta profesional.

“Jika (Malaysia) dapat ini dilakukan secara menyeluruh di seluruh negara, saya percaya lebih ramai pemain Malaysia akan muncul di pentas dunia,” katanya secara ringkas.

Ozil ketika ini berada di Kuala Lumpur sempena Persidangan Kepimpinan Malaysia-Turkiye 2026 dan akan terus melakukan lawatan kerja rasmi di Perak dan Pulau Pinang sehingga esok.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini telah melabur jutaan ringgit untuk mengukuhkan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) termasuk meningkatkan kualiti Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dengan merombak barisan kejurulatihan.

AMD yang diurus oleh Pengarah Teknikal, Datuk Ong Kim Swee sejak awal tahun ini berjaya memulakan ‘langkah kanan’ apabila skuad bawah 17 (B-17) negara muncul naib juara Piala ASEAN B-17 2026 di Indonesia pada minggu lalu.

Skuad remaja kendalian Shukor Adan itu akan mengharungi ujian sebenar dalam misi layak ke Piala Asia B-17 2027 pada aksi kelayakan yang dijadual berlangsung pada penghujung tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN