fbpx
Sebahagian kediaman yang terjejas ekoran hujan lebat disertai ribut dalam kejadian di Pedas, di sini, pukul 3.30 petang tadi. -FOTO/ IHSAN PEMBACA

21 rumah rosak dibadai ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Sekurang-kurangnya 21 buah rumah dan tiga kedai Majlis Daerah Rembau (MDR) terjejas ekoran hujan lebat disertai ribut dalam kejadian di Pedas, di sini, pukul 3.30 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Rembau, Mohd Zamri Mohd Esa berkata, setakat pukul 8.30 malam, pihaknya menerima laporan tersebut dari Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) membabitkan dua lokasi iaitu Kampung Pedas Hilir serta Taman Pedas Indah.

“Rumah kampung yang terjejas sekitar tiga buah, manakala di kawasan taman perumahan pula sebanyak 18 buah. Kita akan ajukan untuk kerja-kerja pembaikan bagi kerosakan ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN