fbpx
Penduduk berkumpul di hadapan BNI Pematangsiantar. - BMG

Penduduk serbu bank, minta pulangkan wang hampir RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Berpuluh-puluh pelanggan menyerbu sebuah cawangan bank BNI di Pematangsiantar, wilayah Sumatera Utara bagi menuntut agar wang mereka yang lesap dikembalikan dengan nilai mencecah 4.2 bilion rupiah (RM964,000), lapor portal berita Lambe Turah.

Bantahan itu dicetuskan oleh ketidakpastian tentang nasib wang mereka yang dilaburkan melalui skim yang didakwa menyamar sebagai koperasi. 

Penduduk mendakwa, mereka tidak dapat mengeluarkan dana mengikut tarikh akhir yang ditetapkan, jadi mereka terpaksa pergi ke bank untuk mendapatkan jawapan.

“Kembalikan 4.2 bilion rupiah kami!” kata penduduk sambil meluahkan rasa kecewa.

Berdasarkan maklumat yang dikumpul, kes itu berpunca daripada pelaburan yang kini dianggap bermasalah. 

Walaupun penduduk membantah di hadapan pejabat BNI, masih belum jelas sejauh mana bank itu terlibat dalam skim pelaburan tersebut atau sama ada bank itu hanya bertindak sebagai saluran transaksi.

PT Bank Negara Indonesia (Persero) Tbk (BNI) mengeluarkan penjelasan sebagai tindak balas kepada demonstrasi yang berlaku itu, kelmarin.

Katanya, isu yang diketengahkan oleh orang ramai berkaitan dengan produk koperasi yang bukan sebahagian daripada BNI.

Setiausaha Korporat BNI, Okki Rushartomo berkata, koperasi tersebut adalah entiti bebas.

Beliau menekankan bahawa kes itu sedang dalam proses penyelesaian undang-undang justeru, BNI menghormati sepenuhnya proses undang-undang yang sedang berjalan.

“Kami komited untuk menyelesaikan kes ini dengan mematuhi keputusan undang-undang yang sedang berjalan,” kata Okki. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN