fbpx
Pasukan penyelamat mengeluarkan motosikal jenis Honda dari lubang pembinaan di wilayah Nonthaburi, Thailand kelmarin. - Amarin TV

Motosikal ‘terjun’ lubang 5 meter, 2 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Sekurang-kurangnya dua orang cedera selepas motosikal dinaiki mereka terjatuh ke dalam lubang pembinaan di wilayah Nonthaburi, Thailand, lapor portal berita Thaiger. 

Polis dari Balai Polis Rattanathibet dimaklumkan mengenai kemalangan di Jalan Prachachuen sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan) kelmarin. 

Lubang berukuran 2 meter lebar, 4 meter panjang dan sedalam 5  meter itu digali oleh pekerja pembinaan untuk pemasangan paip air bawah tanah. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan motosikal yang dinaiki dua orang itu dipandu laju pada pukul 10.37 malam (waktu tempatan) sebelum terjatuh ke dalam lubang. 

Penunggang motosikal dikenali sebagai Manop, 50, berjaya memanjat keluar daripada lubang tersebut sebelum mendapatkan bantuan. 

Manop memberitahu polis bahawa dia sedang membawa Ratchasunee, 49, yang tidak sedarkan diri akibat kecederaan kepala di bawah air, ke sebuah kondominium dan tidak menyedari kewujudan lubang tersebut. 

Pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas untuk turun ke dalam lubang dan mengeluarkan mangsa serta sebuah motosikal jenis Honda. 

Stesen penyiaran Amarin TV melaporkan bahawa penyelia tapak binaan sedang disoal siasat untuk menentukan sama ada papan tanda amaran dan lampu sesuai diletakkan di lokasi kejadian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN