fbpx
Tangkap layar video menunjukkan gadis itu melompat dari motosikal yang bergerak di Bangkok baru-baru ini. - Facebook

Pelajar perempuan lompat dari motosikal, ‘rider’ enggan berhenti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang pelajar sekolah berusia 17 tahun di Thailand nekad melompat daripada motosikal yang bergerak selepas penunggang e-hailing enggan berhenti di destinasi yang ditetapkan, lapor portal berita Thaiger. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan) di persimpangan Jalan Phet Kasem 81 di Bangkok, baru-baru ini. 

Rakaman kamera papan pemuka menunjukkan gadis memakai seragam sekolah itu melompat dari motosikal lalu terjatuh di tengah jalan, manakala penunggang terbabit beredar dari tempat kejadian. 

Mangsa dilaporkan menempah motosikal e-hailing melalui aplikasi Bolt dari kawasan Rama 2 menuju ke rumahnya di Bang Bon. 

Walaupun pemandu yang tiba tidak sama seperti yang ditunjukkan dalam aplikasi, dia menerima perjalanan itu kerana menanggapnya perkara biasa. 

“Semasa dalam perjalanan, penunggang itu berhenti untuk membeli air ketum, menyebabkan saya berasa tidak selesa dan mula merakam. 

“Saya memintanya berhenti apabila tiba di rumah tetapi dia enggan. Saya menjerit untuk berhenti, namun penunggang itu cuba merampas telefon bimbit saya,” kata mangsa. 

Polis mengenal pasti penunggang tersebut sebagai Tin Chaoklong, 22, dan merampas motosikal jenis Honda Wave yang dibawanya. 

Chaoklong mendakwa dia tidak mempunyai niat jahat dan mengatakan gadis itu meletakkan destinasi yang salah dalam aplikasi. 

Apabila ditanya mengapa tidak berhenti selepas mangsa melompat dari motosikal, dia mendakwa terdapat beberapa kenderaan di belakangnya. 

Tin didakwa di bawah Seksyen 310 Undang-Undang Jenayah yang membawa kepada hukuman penjara selama tiga tahun, denda sehingga 60,000 baht (RM7,339) atau kedua-duanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN