fbpx
TANGKAP layar rakaman CCTV kejadian pukul di hadapan sebuah rumah di Titi Gajah, Alor Setar baru-baru ini.

Penjaga parkir cedera dipukul depan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Gara-gara berselisih faham dengan isteri peniaga makanan, seorang penjaga parkir cedera akibat dipukul di hadapan rumahnya di Titi Gajah di sini baru-baru ini.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular sejak semalam memaparkan sekumpulan individu datang ke rumah mangsa sebelum dia dipukul dan disepak beberapa kali sehingga terjatuh.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, mangsa berusia 38 tahun mendakwa dipukul seorang lelaki dikenali berusia 41 tahun di hadapan rumahnya pada 20 April lalu.

“Hasil semakan rakaman CCTV mendapati suspek menumbuk pengadu sehingga terjatuh di hadapan rumah.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan isteri suspek dua hari sebelum kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Wad Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini selepas mengalami muntah dan pening serta diberikan ubat sawan sebelum ditahan di wad untuk pemerhatian.

“Doktor mengesyaki pengadu mengalami kecederaan dalaman di bahagian kepala dan menasihatkannya membuat laporan polis bagi tindakan lanjut. Laporan polis dibuat dua hari selepas kejadian,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya telah merakam percakapan mangsa, tiga saksi serta suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN