SAJIAN unagi atau belut merupakan antara hidangan tradisional yang paling dihargai di Jepun dan sering dianggap sebagai makanan istimewa yang melambangkan kemahiran tinggi dalam seni kulinari negara tersebut. Di Malaysia, sajian utama belut masih belum begitu meluas dan lebih sering ditemui dalam masakan tradisional tertentu atau dihidangkan di restoran Jepun yang menawarkan menu autentik seperti unagi panggang. Membawa sajian autentik Jepun berasaskan belut, Mokoto Unagi Restaurant di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur menjadi destinasi kulinari yang membawa keaslian rasa dari……














