fbpx
Tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup berkenaan dengan cubaan pecah masuk sebuah rumah di Simpang 9, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

[VIDEO] ‘Sebelum tidur pastikan pintu rumah dikunci’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki lelaki mendakwa rumahnya hampir dimasuki penceroboh selepas suspek berjaya memecah masuk rumah jirannya di Simpang 9, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Menerusi satu hantaran oleh @wanpico_, dia mendakwa rumahnya hampir menjadi sasaran penceroboh pada awal pagi 23 April lalu.

Menurutnya, kejadian tersebut sempat dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan rumahnya bagi memantau pergerakan individu mencurigakan.

“Rumah saya hampir nak kena pecah masuk tapi rumah jiran saya dia dah berjaya pecah masuk dah. Tolong sebelum tidur periksa betul-betul dan pastikan semua pintu dikunci.

“Sekurang-kurangnya kita sudah berjaga sehabis baik. Kereta juga wajib kunci sebelum masuk rumah,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna meluahkan rasa bimbang terhadap kejadian itu dan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk keperluan memasang CCTV.

Seorang pengguna, Nurkarmilahrazak, berkata, kawasan berdekatan seperti Sungai Bakap dan Sungai Jawi merupakan kawasan yang kerap berlaku kejadian sedemikian.

“Sungai Bakap dengan Sungai Jawi ini memang ‘hotspot’. Saya dah tinggal sini enam tahun dan enam kali dah cubaan pecah rumah ini berlaku,” katanya.

“Patut ada CCTV yang boleh bercakap itu, boleh jerit satu kali mesti lari lintang-pukang. Apa-apa pun saya rasa nak kena pasang CCTV juga,” kata pengguna @hafidzalphotog.

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa berwaspada untuk mengelakkan kejadian sedemikian berlaku. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN