fbpx
SUSPEK diiringi pegawai SPRM selepas diperintah untuk ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan.

Bekas penyelia kilang direman kes rasuah ‘OT’ 31 pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang bekas penyelia kilang direman enam hari bermula hari ini selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM25,000 daripada 31 pekerja di bawah seliaanya sebagai balasan untuk menyokong serta memberi kebenaran bekerja lebih masa.

Perintah reman sehingga 29 April itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Ayer Keroh, N. Sivashangari terhadap suspek yang berusia lingkungan 40-an.

Ia bagi membolehkan siasatan dilakukan bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Menurut sumber, suspek telah ditahan pada pukul 12.20 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2024 sehingga 2025 dan menerima wang rasuah secara tunai dan secara bulanan antara RM25 hingga RM200.

“Suspek dipercayai telah mengugut pekerja-pekerja warga asing terbabit dengan tidak menyokong serta tidak memberi kebenaran bekerja lebih masa sekiranya permintaannya tidak dipenuhi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Datuk Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN