fbpx
HAALAND meledak gol tunggal perlawanan ketika City mencatat kemenangan tipis ke atas Burnley awal pagi semalam. - AFP

EPL: City sudah mula orak langkah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menganggap pasukannya patut meraih kemenangan lebih besar berbanding hanya 1-0 ke atas Burnley, awal pagi semalam.

Walaupun kembali merampas takhta Liga Perdana Inggeris apabila berkongsi 70 mata dengan Arsenal, pengurus dari Sepanyol itu menyifatkan The Citizens harus menamatkan perlawanan dengan keputusan lebih selesa bagi mencari bekal dalam penentuan juara musim ini.

Walaupun Guardiola tidak mahu terlalu mengkritik para pemainnyta, beliau sedar bahawa jumlah jaringan yang lebih banyak mampu untuk membantu The Citizens mendapatkan kelebihan.

“Apa yang saya minta daripada pasukan dan pelan buat pasukan adalah fokus kepada apa yang kami perlu lakukan. Namun, saya tetap merasakan pemain sudah melakukannya dengan cukup bak.

“Kami mempunyai peluang. Jelas sekali penjaga gol lawan, Martin Dubravka bertindak cemerlang, tetapi saya dapat rasakan jika kami dapat jaringkan gol kedua, kami pasti lebih santai,” katanya.

Pada perlawanan semalam, tiga mata City hanya bersandarkan kepada jaringan awal Erling Haaland pada minit kelima, namun selepas itu penggempur tersebut seakan hilang sentuhan
setiap kali memperoleh peluang terbaik.

“Saya tidak kecewa dan saya tidak patut berasa kecewa. Kami mendapatkan tiga mata dan berada di puncak liga namun kami sepatutnya boleh lakukan lebih baik daripada apa yang kami tunjukkan dalam perlawanan ini,” kata Haaland. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN