fbpx
Kehadiran seekor harimau belang berjaya dirakam seorang pemandu lori

Pemandu lori terkejut jumpa pak belang di Gerik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kelibat seekor harimau belang dipercayai berkeliaran di satu kawasan di Gerik, Perak berjaya dirakam oleh seorang pemandu lori.

Melalui satu video yang dikongsi di TikTok Fazel JRTB, memaparkan haiwan liar itu melintas jalan dalam suasana gelap, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya.

“Kelibat harimau yang sempat dirakam pengguna di Bukit Jala tak jauh daripada Pulau Banding Tasik
Temengor.

“Harap maklum khususnya buat pembonceng motosikal dan yang berbasikal. Rakaman dari pemandu lori malam tadi,” tulis hantaran itu.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna menasihatkan agar pengguna jalan tersebut lebih berhati-hati.

“Harap penunggang motosikal lebih berhati-hati bila lalu kawasan ini,” kata Tempur.com

“Asalkan tak kacau dia insya-Allah lindungi semua. Dia keluar mungkin lapar. Doakan Allah lindungi semua,” kata Norashalah.

“Itu perkara biasa boss saya dah banyak kali jumpa pak belang sebab saya banyak tahun juga lalu jalan sana,” kata Ahmad Radzi.

“Tengok gaya harimau tu lari macam kena langgar dengan kenderaan ja. Macam nampak ada kecederaan,” kata Amir.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 200,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN