fbpx
Kediaman menyerupai bas dua tingkat itu terletak di Desa Kopen, Wonogiri. - DetikJateng

Lelaki bina rumah mirip bas dua tingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di Wonogiri, wilayah Jawa Tengah mengundang perhatian orang ramai kerana membina sebuah rumah menyerupai bas dua tingkat, lapor laman berita Detik. 

Hartanah yang terletak di Desa Kopen itu dibina menyerupai dua bas Scania K-410 dan ia diletakkan secara bersebelahan.

Selain memiliki pintu masuk utama di antara kedua-dua bangunan, rumah itu mempunyai dua bilik tidur, bilik mandi dan dapur. 

Ia juga dilengkapi cermin hadapan yang besar, lampu, tingkap di bahagian penumpang serta roda. 

“Saya ingin membina rumah berbeza daripada yang lain. Ia menyerupai bas kerana saya pernah tinggal di Jakarta dan bas pillihan saya adalah Scania K-410 Agramas,” kata pemilik rumah dikenali sebagai Supardi. 

Supardi, 43, dan keluarga berpindah serta menetap di rumah itu sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN