fbpx
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh Syukri_Da di TikTok memaparkan seorang pak cik yang cacat penglihatan menggunakan kakinya untuk merasai saiz tayar motosikal berkenaan.

[VIDEO] ‘Pak cik cacat penglihatan teruja sentuh ‘superbike’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang warga emas yang mempunyai masalah penglihatan begitu teruja apabila dapat merasai sendiri sebuah motosikal berkuasa tinggi (superbike) yang diletakkan di sebuah kawasan parkir.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna Syukri_Da di TikTok, pak cik berkenaan dilihat mendekati motosikal tersebut sambil ditemani seorang wanita yang dipercayai isterinya.

Suasana menjadi lebih hiba apabila warga emas tersebut menggunakan kakinya untuk menggosok dan merasai saiz tayar belakang motosikal berkenaan bagi membayangkan kehebatannya.

“Masa mula-mula dia pegang motosikal itu lagi sedih, sebab dia pegang tayar dengan tangan sambil duduk, saya faham macam mana perasaan dia masa itu,” katanya di ruangan komen.

“Kalau ada tempat letak kaki di bahagian belakang boleh saya bawa dia jalan-jalan tapi malangnya tiada,” tambahnya lagi.

Menurutnya, pasangan warga emas itu merupakan peniaga ais krim yang mengusahakan sebuah kiosk bersebelahan sebuah bank di Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Situasi tersebut mencetuskan pelbagai reaksi daripada pengguna yang rata-ratanya mendoakan kesejahteraan pak cik tersebut selain berharap agar dia dimurahkan rezeki.

“Nak tahu sebab apa pak cik itu gosok tayar belakang guna kaki? Sebab dia nak rasa tayar itu besar mana. Bila pak cik itu dapat rasa tayar besar, mesti dia cakap ‘mesti motosikal ni mahal’,” jelas @Joek.Three.

“Tuhan hadirkan mereka untuk mengingatkan kita betapa besarnya nikmat yang kita dapat, untuk kita senitasa bersyukur,” ujar @Zaidi_Explore91.

“Saya doakan di syurga nanti pak cik boleh dapat semua yang dia mahukan,” kata @En_Epol89 pula. – KOSMO! ONLINE

@syukri_da Semoga pakcik yg cacat penglihatan diberi kesihatan & dipermudahkan segala urusan 🤲🏻 #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #675sr #cfmoto #biker ♬ Musik Sedih – Nopa Sobarna

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN