fbpx
Kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan baru-baru ini

‘Saya manusia biasa, mohon maaf bomba’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki tampil meminta maaf kepada pasukan bomba yang bertugas dalam kebakaran besar yang berlaku Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah baru-baru ini.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Rozaizar berkata, dia mengakui tindakannya itu terlalu mengikut emosi selain turut tertekan dengan keadaan huru-hara di lokasi kejadian.

Katanya, dia menarik semula kata-kata yang dilemparkan terhadap pasukan keselamatan selepas memahami situasi sebenar.
“Video yang tular itu, emosi saya yang tidak dapat dikawal. Lontaran perkataan yang tidak bagus dan saya mohon maaf, menarik perkataan saya.

“Saya faham keadaan ahli bomba yang begitu bertungkus-lumus membantu mengawal kebakaran, yang sentiasa memberi perhatian kepada masyarakat di Sandakan, bomba yang banyak membantu dan berkorban untuk membantu kebakaran ini,” katanya.

Selain itu katanya, dia turut memohon agar video tersebut tidak perlu diperbesarkan lagi selain menerima segala kecaman yang diterima susulan video tersebut.

“Saya manusia biasa, saya mohon maaf menarik perkataan yang saya lontarkan.

“Kepada netizen yang melihat tular video saya, saya terima tohmahan dengan terbuka dan saya mohon tidak perlulah lagi diperbesarkan, fahamlah keadaan kami sekarang,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan lelaki terbabit mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota bomba susulan kebakaran besar yang menyebabkan beribu-ribu penduduk kehilangan tempat tinggal.

Pihak bomba sebelum ini memaklumkan operasi pemadaman berdepan dengan cabaran termasuk laluan sempit, ketiadaan pili bomba serta keadaan angin kencang yang mempercepat penularan api. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN