fbpx
Timbalan pengerusi sebuah NGO (belakang) dan seorang ahli NGO yang juga pengarah syarikat dibawa anggota SPRM bagi proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

Timbalan NGO direman 4 hari, seleweng dana zakat RM230 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Dua individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana zakat berjumlah RM230 juta.

Tempoh reman ke atas dua lelaki berusia 57 hingga 61 itu dibenarkan oleh Majistret Ameera Mastura Khamis di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sumber berkata, suspek masing-masing timbalan pengerusi dan ahli jawatan kuasa (AJK) NGO itu ditahan dalam operasi khas di sekitar Lembah Klang pada pukul 2 hingga 5 petang semalam.
“Reman selama empat hari itu bagi membantu siasatan kes penyelewengan yang sedang dijalankan,” katanya.

Dua individu itu diwakili peguam Mohd. Radzlan Jalaludin, Ashwida Abd. Samad dan Muhammad Ridhwan Jalaludin.

Difahamkan, seorang lagi individu iaitu pengarah syarikat yang turut ditahan semalam dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan.

Syarikat tersebut menjalankan aktiviti berkaitan pelaburan.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Mohd. Azwan Ramli mengesahkan reman tersebut dan kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN