fbpx
MARQUEZ berdepan kesukaran untuk kembali pada tahap terbaik musim ini ekoran kecederaan yang dialami hujung musim lalu. - AFP

MotoGP: Ducati yakin Marquez ‘kembali’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Ducati menaruh keyakinan tinggi bahawa juara dunia sembilan kali, Marc Marquez bakal kembali berada pada tahap terbaik menjelang aksi Grand Prix (GP) Sepanyol di Jerez hujung minggu ini.

Pengurus besar Ducati Corse, Gigi Dall’Igna menegaskan keadaan fizikal Marquez semakin pulih sepenuhnya selepas bergelut dengan kecederaan bahu sebelum ini.

“Memang jelas dia mengalami kecederaan agak serius dan terlepas beberapa perlumbaan di penghujung musim lalu, jadi proses pemulihannya masih berjalan,” katanya.

Menurutnya, perkembangan semasa menunjukkan pelumba Sepanyol itu berada di landasan tepat untuk kembali kompetitif.

“Namun secara jujur, saya lihat dia semakin baik dan saya percaya dia akan berada pada tahap 100 peratus di Jerez,” jelasnya.

Meskipun kembali beraksi musim ini, Marquez masih belum mencapai prestasi sebenar apabila hanya berada di tangga kelima keseluruhan tanpa sebarang podium setakat ini.

Dalam masa sama, Ducati turut berdepan cabaran besar apabila jentera mereka gagal menyaingi dominasi awal Aprilia yang menguasai kebanyakan perlumbaan setakat ini.

Dall’Igna mengakui sistem konsesi MotoGP ketika ini memberi sedikit kelebihan kepada pencabar, namun menegaskan ia bukan alasan untuk Ducati mengalah.

“Sistem konsesi memang direka untuk mengimbangi persaingan dan secara tidak langsung memberi kesan kepada Ducati. Tetapi ini bukan alasan. Kami tetap mahu bersaing untuk kemenangan dan untuk memastikan jentera kami kembali menjadi penanda aras,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN