fbpx
Abbe Hae berkongsi gambar pertemuannya bersama Pak Dollah di Kelantan baru-baru ini.

Ini kisah orang tua 70 tahun ‘dibuang’ dekat masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang warga emas berusia 70 tahun yang dikenali sebagai Pak Dollah dipercayai ditinggalkan di pekarangan Masjid Muhammadi, Kota Bharu sebelum diselamatkan dan kini dijaga di sebuah rumah kebajikan di Kelantan.

Perkongsian di laman Facebook Ketua Aktivis dan Pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan, Mohamad Azhan Mohamed Adnan atau Abbe Hae mendedahkan bahawa warga emas berkenaan tidak pernah berkahwin dan masih mempunyai adik beradik, namun nasibnya tidak diketahui secara jelas selepas ditinggalkan seseorang di masjid.

“Pak Dollah dah pun masuk umurnya 70 tahun. Pak Dollah ni hidupnya sentiasa tersenyum dan senyuman Pak Dolllah ni amatlah manis.

“Pak Dollah masih belum mampu bercakap dengan baik dan agak sukar untuk Abbe memahami apa yang cuba disampaikan oleh Pak Dollah. Abbe yakin satu hari nanti Pak Dollah akan mampu bercakap dengan lebih baik,” kongsinya.

Mengimbau semula perjalanan kisah Pak Dollah, Abbe Hae berkata, warga emas itu pada awalnya dibawa ke Hospital Kota Bharu oleh orang ramai dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Tumpat sebelum dihantar ke Hospital Jeli untuk rawatan susulan.

Katanya, beliau difahamkan Pak Dollah telah berada di Hospital Jeli selama kira-kira dua tahun.

“Dua tahun Pak Dollah dirawat dan dijaga oleh jururawat dengan penuh kasih sayang di Hospital Jeli sehinggalah Abbe dihubungi oleh pihak hospital untuk membantu Pak Dollah memandangkan katil hospital tidak mencukupi untuk menampung pesakit-pesakit lain..

“Abbe pindahkan Pak Dollah ke rumah kebajikan swasta iaitu rumah bonda memandangkan pusat jagaan kerajaan sentiasa penuh. Alhamdulillah Pak Dollah juga dijaga dengan penuh kasih sayang di sini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN