WASHINGTON – Markas Perintah Pusat (CENTCOM) Amerika Syarikat menyatakan bahawa sebanyak 21 buah kapal berpatah balik ke Tehran sejak Washington mengadakan sekatan ke atas pelabuhan Iran di Teluk dan Teluk Oman, baru-baru ini.
“Sejak permulaan sekatan, sebanyak 21 kapal dikerahkan oleh tentera AS untuk berpusing dan kembali ke Iran,” kata CENTCOM di platform X.
Sementara itu, Presiden Donald Trump menolak sebarang cadangan bayaran atau tol bagi penghantaran yang melalui Selat Hormuz.
“Tidak, tidak mungkin. Tidak akan ada tol,” kata Trump kepada pemberita.
Trump menambah, walaupun ketegangan kekal tinggi, beliau percaya perjanjian damai dengan Iran boleh dicapai tidak lama lagi. – AGENSI














