fbpx
Seekor buaya ditemui berhampiran Jeti Nelayan Kuala Lukut, Port Dickson semalam. -IHSAN PENDUDUK

Buaya panjang 4 meter cari ‘ikan’ di jeti nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Kaki pancing serta nelayan terkejut apabila seekor buaya dengan anggaran panjang empat meter muncul di Jeti Nelayan Kuala Lukut, di sini, kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Penduduk, Desmond Soe, 61, berkata, dia mendapat tahu mengenai kejadian berkenaan dari rakannya yang kebetulan berada di jeti berkenaan dan mereka mengirimkan video serta gambar buaya tersebut.

“Rumah saya dekat-dekat dengan jeti ni sahaja. Awal bulan ini tular buaya bersaiz kecil dalam longkang berhampiran sebuah pasar raya di pekan Port Dickson.

“Kini, buaya muncul pula berhampiran jeti nelayan. Sebelum ini buaya tidak la sebesar ini. Saya harap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan dapat mengambil tindakan menangkap buaya ini demi keselamatan kami,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Terdahulu, sebelum tular anak buaya di dalam longkang, terdapat rakaman tular buaya bersaiz agar besar berhampiran PD Waterfront yang dirakamkan oleh individu yang sedang beriadah awal pagi di pantai berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN